Peniaga makanan di Johor bimbang, sekiranya harga minyak masak melambung tinggi dan sekaligus menjejaskan perniagaan.<br /><br />Kebimbangan itu disuarakan berikutan pemansuhan subsidi minyak masak botol yang dikuatkuasakan Julai depan.<br /><br />Rata-rata penjual makanan yang ditemui menerusi tinjauan Astro AWANI di Johor Bahru memaklumkan, mereka terpaksa menanggung kerugian berikutan harga barangan yang semakin meningkat.